Pada waktu umat manusia
 dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah  seorang bayi pada 12 
Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan  bakal membawa 
perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut  
bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda 
dilahirkan  iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya 
bernama Aminah binti  Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh 
kasih sayang dan dibawa ke  ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, 
nama yang belum pernah wujud  sebelumnya.
